Monday, January 20, 2014

Cara Atasi Selsema Pada Bayi


Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.

Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.


Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.








6 Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk hilangkan selsema pada baby saya.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema. Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
  1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat boleh tambah air sikit.
  2. Guna kunyit hidup. Gosok kuyit hidup dekat belakang lesung batu atau mana-mana  permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk,ambik serbuk tu dan letak di bahagian batang hidung bayi.
  3. Sama macam no2 gosok kunyit sampai keluar serbuk kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
  4. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya.
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi.

Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.in sha ALLAH dengan izinnya bayi akan sembuh.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers