Thursday, April 10, 2014

ANAK DEMAM

Alhamdulillah, tips ini saya belajar dari seorang kenalan dari Miri, Sarawak. Sekiranya anak anda demam atau jatuh sakit cubalah tips berikut :
·         Keluarkan sedikit daripada wang anda untuk disedekahkan dan mesti berniat mohon pada Allah , berkat dari pahala sedekah ini akan menyembuhkan anak anda.
·         Bangun setiap malam dan sapukan minyak telon atau minyak burung unta pada belakang badan anak anda sekitar jam 1 @ 2 pagi…petua dari orang Cina yang membantu untuk kurangkan kahak.
·         Mandikan anak 3 kali sehari bagi memastikan suhu badan anak anda stabil. Kebiasaannya, kita pernah dengar kalau anak demam tak boleh mandikan, kan? Petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu anak menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Waktu yg sesuai untuk mandikan anak adalah pada puku 8 pagi, 1 tengahari dan 5 petang. Rupanya, Ibu mertua saya memang mempraktikkan cara ini pada cucu2 dia juga yg sebelum ni memang saya tidak tahu bahawa ianya baik untuk diamalkan.
·         Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan dan betisnya. Vi**s…bukanlah suatu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak-kanak. Saya baru teringat satu ketika dulu suami saya pernah berkata pada saya supaya jangan amalkan penggunaan Vi**s ini kerana ia tidak bagus untuk anak-anak. Emm..patut laa..
·         Memandangkan saya breasfeed, saya pastikan saya mengambil vitamin C 1 biji pagi dan 1 biji malam dan perlu dipatahkan sebelum makan.
·         Pengambilan ‘immune booster’ Nutriferon juga baik diamalkan.
·         Dan pastikan sekiranya anak anda masih menyusu, bagi susu pada anak anda sekerap yang boleh.
Insya Allah…dengan izin Allah, tips ini diharapkan dapat membantu.
iNFO: hanyasusuibu.com

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers